Saturday, January 26, 2008

SATU HARI DI ENDAU ROMPIN

Suatu ketika dahulu, semasa masih bujang trang tang tang aku cukup aktif dalam aktiviti camping. Masuk hutan keluar hutan, redah sungai, di ambush gajah, di gigit pacat, agas semua itu perkara biasa. Boleh di katakan sudah lali sangat dengan pacat, sampai satu ketika sudah tidak heran lagi kalau ada pacat penuh di kaki.

Tapi itu dahulu, kira-kira 3 tahun yang lalu. Sekarang, jangankan hutan, semak pun aku sudah lama tidak nampak. Berat badan pun makin naik menggila, stamina pun sudah turun, adrelin sudah tak seperti dulu, dah tak fit lagi.

Sekarang, ketika dan saat ini aku rindukan saat-saat dulu. Saat di mana kami beramai-ramai berkumpul di Bungaraya pekena Nasi Lemak Ayam atau di NZ atau di kedai Eman (sekarang tinggal tapaknya aje) berbincang destinasi hutan mana nak di redah. Jika dulu pukul 1.00 pagi masih awal lagi, masih sempat balik rumah, kemas-kemas beg, beli apa-apa yang patut untuk persedian masuk hutan. Semuanya impromptu.

Dalam banyak-banyak aktiviti kami bersama, masa riki ke Taman Negara Endau Rompin – Kampung Peta adalah kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Masa itu kami pergi berlima. Tiger, Shukor, Payed, Shaz & aku sendiri. Kami pergi menaiki van Juara yang di pinjam dari ayah Shaz. Aku ingat lagi van Juara tu warna hitam, di tepi kiri kanan ayah Shaz tampal dengan stickers gambar kuda. Kira lawak jugaklah naik Juara tu.

Memandangkan Payed last minute kata nak ikut, jadi dia terpaksa duduk di belakang Juara (tempat letak beg). Dah ler tingkap Juara tu luas, aircond tak sampai ke belakang, Payed punyalah angin satu badan. Sambil tu kena kutuk pulak dengan kitaorang. Macam nak bertumbuk jugalah kami dalam Juara.

Sepatutnya dari Endau Rompin kami menaiki 4wheel tapi memandangkan kami sampai dah lewat petang, kami redah aje masuk ke dalam Endau Rompin Park dengan Proton Juara. Jalan nak masuk tu, dah ler melalui ladang kelapa sawit, jalan tanah merah, berbukit bukau, berlopak-lopak dan kiri kanan hutan. Kami beranikan diri meredah hutan. Terima panggilan dari pegawai bertugas di Endau Rompin meminta kami agar berhati-hati kerana waktu petang adalah waktu gajah turun (Sepatutnya by 6pm dah tak boleh masuk). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 21/2 jam. Seram juga di buatnya. Maklumlah peta tak ada, lampu jalan tak ada, kami tidak tahu what to expect sepanjang perjalanan. Syukor alhamdullillah, kami tiba juga ke Taman Negara Endau Rompin pada jam 9.00 malam. Masa nampak signboard Selamat Datang tu kami punyalah lega, syukor alhamdullillah sampai juga kami.

Kami pulak pandai, pergi ke sana satu bekalan makanan pun tak bawa (konon2 ingat ada café dalam tu) Jadi kami ke perkampungan orang asli berdekatan untuk beli maggi, kopi & gula. Tiger dengan confident bagi salam kepada orang asli di sana. Orang asli kat sana buat tak tahu aje, rupanya mereka bukan beragama Islam. Nak tergelak pun ada. Habislah semua orang asli yang Tiger nampak dia beri salam.

Pada mulanya aku dan shaz di beri hostel berjauhan dari Tiger, Payed & Syukor. Bayangkan hostel untuk 20 orang tapi hanya kami berdua. Lepas aje Warden asrama turun, kami cepat-cepat angkat barang-barang untuk ke hostel lelaki. Gila apa. Mana kami berani berdua aje. Jadi malam itu, kami tarik tilam turun dari katil, susun di bawah dan pakat reramai tidur. Malam itu jugalah macam-macam peristiwa lucu berlaku.

Masa nak pergi mandi kami pakat ramai-ramai mandi dalam satu toilet. Toilet perempuan. Nak di jadikan cerita Syukor takut dengan cicak. Almaklumlah dalam hutan, cicak pun banyak lah dalam toilet tu. Mula-mula confident aje Shukor masuk toilet, nampak aje ada banyak cicak, berlari Syukor keluar toilet. Kami yang lain ni gelak sampai nak pecah perut. Nyaris Syukor tak mandi disebabkan cicak dalam toilet. Sampai sekarang walaupun dah ada anak seorang Syukor masih geli dengan cicak.

Malam tu kami dinner dengan maggi yang di kongsi berlima. Payed pulak buat air kopi tapi penapis tak ada, gelas tak ada. Malam tu kami minumlah kopi dengan serbuknya sekali. Banyaklah peristiwa Malam tu sebelum tidur, kami berebut-rebut nak tidur tepi dinding. Berebut-rebut nie, bertolak-tolak. Siap ada pakatan PHD lagi untuk tidak bagi kami yang perempuan tidur di tepi dinding. Malam itu macam-macam cerita lucu yang berlaku, kami tidak berhenti-henti ketawa sepanjang malam. Semua ini merupakan kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang aku bergiat aktif dalam camping.

Esoknya kami bersarapan di Café di Endau Rompin. Dari sana kami menaiki 4wheel ke sungai untuk menaiki bot. Pemandangan, memang cukup cantik. Air sungainya kehijau-hijauan. Indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Kami meredah hutan untuk menuju ke beberapa tapak perkhemahan. Kami akhirnya bersetuju dengan tapak perkhemahan yang terletak perhampiran dengan Upih Guling dan Tasik Air Biru. Kami tidak meneruskan perjalanan ke Buaya Sangkut kerana kesuntukan masa.

Pacat…eerrmmm punyalah banyak. Kaki aku ngan Shaz penuh dengan pacat. Yang peliknya tidak ada seekor pacat pun pada kaki Syukor. Entah apa ilmu yang di pakai pun tak tahulah. Pacatnya pun boleh tahan besarnya. Sekarang ni aku pun tak tahu samada aku akan seberani dulu jika kaki digigit pacat. Ingat lagi sebelum aku kawin, masa tu bakal suami mengingatkan aku supaya memastikan kaki tidak lagi digigit pacat. Nanti turun harga. Nasib baiklah masa bersanding, tak nampak sangat bekas-bekas pacat di kaki.

Petang di hari yang sama, kami bertolak keluar dari Taman Negara Endau Rompin pada jam 8.00 malam. Sekali lagi perjalanan keluar amat mencabar. Kali ini sedang kami menyanyi-nyanyi di dalam kereta, ada seekor ular sawa yang besar melintas di depan kami. Kami memberhentikan kenderaan kerana takut. Syukor dalam keadaan kelam kabut masih sempat mengeluarkan camcorder. Suasana menjadi sunyi sepi di dalam kereta kerana takut. Dua kali kami terserempak dengan ular yang melintas di hadapan kami.

Malam itu kami bertengkar lagi, sapa yang nak drive balik ke KL. Almaklumlah masing-masing penat selepas trekking satu hari. Semua tak mau bawak. Aku pun dah tak ingat sapa yang bawak. Rasanya Tiger, lepas tu Payed, lepas tu Shaz, lepas Shaz aku pulak yang bawak. Syukor masa pergi dia dah bawak so dia dapat cuti. Malam tu kami sampai ke KL pukul 3.00 pagi, hantar kereta Juara ke carwash sebab kotor sangat. Esoknya semua ponteng tidak pergi kerja sebab penat tahap dewa.

Sebulan selepas itu kami ke Endau Rompin sekali lagi. Tapi kali ini kami membawa 45 orang peserta. Sewa satu bas betul. Dan seperti perjalanan yang lalu kali ini aku sampai ke Buaya Sangkut, trademark bagi Endau Rompin. Perjalanannya….memang mencabar minda, semangat, dan ketahanan. Tapi alhamdullillah aku berjaya mengatasi segala halangan biarpun aku antara yang terakhir sampai.

Namun pengalaman yang dikutip sepanjang aku bergiat di dalam aktiviti perhutanan memang tidak dapat aku lupakan. Masih tersimpan rapi di dalam memori. Kadang-kadang terasa rindu sangat zaman bujang dulu. Kini semua kawan-kawan di Xtreme Team sudahpun berumah tangga dan ada yang akan berkahwin tahun nie. Tinggal Payed aje yang masih trang tang tang.

Lagipun sekarang aku dah pindah ke Kuantan. Aktiviti camping pun dah lama tak ikut. Jadi tinggalkan beg Deuter aku dalam kotak, tunggu masa nak digunakan semula. Sleeping beg, dapur & lantern made in Japan aku semua masih tersimpan dalam almari. Barang-barang camping semua aku simpan satu tempat, manalah tahu satu hari nanti ada chance untuk guna.

Buat kengkawan di Xtreme Team, pada aku korang lah THE BEST AMONG THE BEST. Tak mungkin aku dapat lupakan kenangan bersama korang semua. Walaupun kita dah jarang berjumpa tapi korang semua sentiasa dekat di hati ini. Pada Shaz yang dah nak retire dari makan gaji, bolehlah revivekan Xtreme semula. Aku tahu Shaz punya capability untuk jalankan Xtreme semula. Aku sentiasa sokong apa jua yang kengkawan di KL hendak buat.

Pada aku XTREME TEAM cuma ada SATU dan tiada penggantinya. DO OR DIE!

3 comments:

Anonymous said...

Testing

Anonymous said...

Sesungguhnya kenangan itu amat indah....... akan terpahat dalam hati kita semua sampai bila-bila!!

Anonymous said...

What a great resource!