PERINGATAN:
INI BUKAN LAH CERITA CIPTAAN ATAU DIREKA-REKA. INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN CIK TEROMPAH & AHLI KELUARGA. INGATLAH BAHAWA PENGAMAL ILMU HITAM INI TEMPATLAH ADALAH DI DALAM NERAKA JAHANAM.
Peristiwa ini berlaku kira-kira 8 bulan yang lalu, bermula dengan anak saudara aku dan kemudiannya barulah terbongkar segala kisah hitam dalam keluarga kami, keluarga Cik Terompah.
Pada awalnya aku tak percaya pada black magic, ilmu hitam. Aku dibesarkan di dalam zaman sains & teknologi. Cerita black magic ni hanyalah ada dalam TV atau di kampung-kampung masa zaman dulu, sekarang dah tak ada lagi.
Tapi, bila ilmu hitam ini terkena batang hidung sendiri barulah aku sedar yang benda-benda ni semua wujud. Dan sepanjang tempoh aku ‘sakit’ macam-macam yang aku sendiri alami.
Jadi bila Terompah berbunyi….inilah ceritanya.
Masa di Kuantan orang gaji aku terjumpa seekor ular di belakang rumah. Waktu tu maghrib, aku suruh dia pukul ular tu sampai betul-betul mati. Jadi maid aku pun apa lagi, dia ketuk ler ular tu sampai mati.
Selang seminggu, ular yang seakan-akan sama yang dibunuh oleh maid aku ada di depan pintu rumah. Masa tu lepas isyak aku nak keluar ke kedai tengok budak-budak kerja. Nasib baik aku perasan ada ular di tepi pintu. Aku jerit lah panggil maid aku suruh bunuh ular tu. Tapi tak sempat nak capai kayu ular tu dah lari. Maid tu ada cakap kat aku “Ular tu tunggu akak kot”. Masa tu aku rasa nak lempang aje muka dia.
Aku pun keluarlah dengan confidentnya. Tapi dalam hati still cuak juga. Sebab aku geli dan takut ngan ular. Malam tu aku balik lebih kurang pukul 10.30 malam. Sebelum keluar keta aku intai-intai juga takut-takut ada ular tu lagi. Nak dijadikan cerita ular yang sama duduk di tempat yang sama. Aku nie menjerit-jeritlah panggil maid aku. Tapi kali nie kayu ada tapi dial ah pulak takut nak bunuh. Dia kata kalau cuba bunuh tapi ular tu tak mati, nanti ular tu datang carik dia. Jadi kami biarkan aje ular tu. Aku sempat pesan kat suami aku bila balik nanti tengok-tengok sikit.
Aku terus sms mak aku yang kebetulan tu sedang berholiday-holiday di Bandung. Kakak aku pesan jangan bunuh, kalau lepas 3 hari ada lagi baru bunuh ular tu. Kakak aku cakap buat tak tahu aje kalau nampak. Aku pun buat ler tak tahu. Subuh tu maid aku cakap ular tu ada lagi kat tepi pintu.
Masa tu aku di KL bercuti-cuti Malaysia. Petang tu aku ke rumah kakak aku di Subang. Masa tu dah 2 orang anak buah aku yang diaorang discover ‘terkena’. Kebetulan petang tu aku demam. Kakak aku tengok aku lain macam. Kakak aku nie ada lah juga berguru dengan Datuk Dr Fatma tentang ilmu hitam nie. Jadi petang tu dia suruh aku minum air yang sudah dibaca ayat syifa dan yassin. Aku seperti biasalah minum dengan selambanya. Tak sampai setengah jam aku terus muntah-muntah. Kakak aku dah suspect ada benda yang tak kena. Dia suruh aku baring sambil dia letakkan ibu jari kanan ke pusat aku. Sambil tu dia baca ayat syifa. Mula-mula tu ok tapi tak sampai setengah buku dia baca, aku terasa perut panas bagai nak gila. Macam orang letak api kat perut. Kakak aku tiba-tiba tarik tangan dia dari perut aku. Bila aku tanya kenapa dia kata perut aku panas dan tangan dia sakit. Aku dah sedikit cuak tapi maintain cool.
Kakak aku tak puas hati, dicubanya sekali lagi tapi kali nie dia pegang ibu jari kaki aku pulak. Aku dapat rasa ada benda gerak-gerak di kaki. Kakak aku pun rasa juga ada benda gerak-gerak. Terus kakak aku tepon Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam, Ustaz Othman. Malam tu aku ditemani dengan ahli keluarga yang lain pergilah ke rumah Ustaz Othman.
Aku disuruh baring sambil pejam mata. Lepas tu dia mulakan dengan bacaan ayat-ayat suci AlQuran. Tak sampai 15 minit aku terus jadi orang lain. Aku sedar apa orang sekeliling cakap tapi aku pelik kenapa aku tak boleh balas apa yang diaorang lain cakap. Ada orang lain yang bercakap bagi pihak aku. Aku dengar suara emak, kakak aku bertanyakan soalan kepada benda yang duduk di dalam badan aku. Lama jugalah. Pukul 12 malam baru aku tersedar semula. Masa tu kepala pening, mata berpinar-pinar. Ustaz suruh aku banyakkan membaca al-quran dan berzikir. Dia kata benda yang di dalam badan tak keluar lagi dan memakan masa untuk keluar.
Esoknya aku balik ke Kuantan. Aku still ok, masih boleh berkerja cuma tido malam sering terganggu. Pukul 3 pagi mesti aku bangun. Mimpi pun asyik mimpi yang bukan-bukan. Aku jadi pemarah. Suamilah tempat aku melepaskan kemarahan. Alhamdullillah, dia mampu bersabar dengan aku.
Selang dua minggu aku ke KL semula untuk berjumpa dengan Ustaz Othman. Malam tu belum start Ustaz bacakan ayat-ayat Quran kat aku, aku dah jadi tak sedar semula. Adik aku menanggis-nangis di sebelah aku. Malam tu lama jugalah aku berubat. Punyalah degil benda tu tak mau keluar dari badan aku.
Keesokkannya aku sepatutnya balik ke Kuantan. Petang tu sebelum balik aku berjumpa dengan adik aku dulu. Dia tengok aku lain macam aje tapi dia tak lah melarang kitaorang dari balik ke Kuantan. Kami sampai di Lancang, adik aku tepon suami aku suruh patah balik ke KL. Konon-kononnya tertinggal barang tapi sebenarnya adik dan kakak aku tak sedap hati nak kasi kami balik. Kakak aku nak aku sambung berubat dengan Ustaz Othman. Malam tu kami ke rumah Ustaz Othman. Puas jugalah nak suruh aku keluar kereta sebab aku tak mau keluar kereta. Aku jadik takut tengok muka Ustaz.
Dari malam itu bermula episode-episod hitam dalam sejarah hitam Cik Terompah. Aku tidak mau menunding jari menyalahkan atau menuduh sesiapa yang mengenakan ilmu hitam ini pada kami. Sebenarnya ianya ditujukan buat arwah ayah aku tapi terkena kepada kami adik beradik. Tapi yang teruknya adalah aku dan anak buah aku. Mungkin kami lemah.
Semenjak dari itu, aku tak boleh bekerja, tidak boleh keluar. Jika sebelum-sebelum ini aku akan tak sedarkan diri bila berjumpa dengan Ustaz tapi sekarang aku boleh tak sedarkan diri pada bila-bila masa, pagi, petang, malam. Aku cakap pun jadi merepek, kalau aku marah kat suami aku habis semua ayat keluar. Aku memang mengamuk sakan jadinya. Penat tak payahlah nak cakap. Penat giler, habis biru-biru tangan aku nie, telinga jadi berair-air, jari-jari semua sakit. Malam tak boleh nak tido, suami aku kena tunggu aku betul-betul dah tido baru dia akan tido.
Pukul 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi aku kena bangun mandi air limau, air cuka, air garam, air dari 7 kolah masjid. Aku sering termimpi-mimpi benda-benda yang menakutkan. Ular hitam datang kejarlah dan benda merepek.
Aku berubat dengan perubatan mengikut Islam. Berubat dengan Ustaz menggunakan ayat-ayat al Quran. Aku sempatlah berubat dengan Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Kamal Shaari, Ustaz Othman, Ustaz Mokhtar Stork, Ustaz dari Palestin, Ustaz Hanif di Kedah, Ustaz Zul dari Jengka, Tok Ayah, Pak Long, Ustaz Hadi, Ustaz Nazarudin dan adalah lagi 2, 3 orang Ustaz. Banyak jugalah yang terpaksa di korban sepanjang aku sakit tu. Selama 2 bulan aku tidak bekerja. Kerja ada 2 hari, hari ke tiga sakit semula. Masa aku tak sedar aku tak boleh tengok muka suami aku, masa aku tak sedar mak aku sendiri aku marah. Setiap kali aku mandi mesti ada lipan yang keluar.
Ada juga adik serta suami aku yang merakamkan video apa yang jadi kat aku masa aku sakit. Tapi sampai ke hari nie, aku tak mau tengok video tu. Phobia rasanya. Jika dulu aku nak ke toilet pun mesti berteman, tak boleh tinggal sensorang. Tapi sekarang, alhamdullillah, keadaan makin bertambah baik. Mungkin belum 100% baik tapi aku bertambah sihat berbanding dulu. Mimpi-mimpi pelik pun dah tak ada tapi aku masih belum berani seperti dulu. Masih ada juga waktu-waktu yang aku terasa seperti ada yang memerhati tapi aku sentiasa berzikir. Yang lebih berkuasa adalah Allah SWT, dan hanya DIA lah yang aku patut takut.
Banyak benda yang berlaku yang aku tak mau get into details. Bukan apa ia nanti seperti memanggil-manggilnya semula. Jika ‘benda’ itu masih ada, jika ia tidak memudaratkan aku, biarlah Allah saja mengawalnya.
Masa aku sakit, semasa dalam keadaan tidak sedar itu beratus kali aku menyebut nama-nama keluarga rapat yang kami kenali yang pernah ada rasa tidak puas hati kepada arwah ayahku, tapi biarlah Allah sahaja yang membalas atas apa yang dilakukan kepada keluarga kami. Aku tidak mengiyakan atau menidakkan tapi aku tidak mahu menaruh syak wasangka kepada sesiapa. Semoga Allah memberi petunjuk dan membimbing mereka, membawa mereka kembali ke jalan yang benar.
Dan buat yang membaca, jauhkanlah dari perbuatan menyekutukan Allah. Sesungguhnya pengamal ilmu hitam ini adalah Syirik dan merupakan dosa besar dan neraka jahanamlah tempat bagi golongan yang menyekutukan Allah SWT ini. Ayat Al Quran mempunyai mukjizatnya yang tersendiri. Semua rahsia alam ini di dalamnya. Amalkan membawa Al Quran agar hidup kita sentiasa di dalam lindunganNYA, Insyallah.
P/S: This IS my long winding story. That is why I am not able to update my old blog Craving4more since May 2007 and by the time I am back on my two feet again, I have lost the user ID and password.