Monday, January 28, 2008

DINA'S EARTHQUAKE MUFFIN



This is what happens when you listened to the 18 years old girl who doesn’t know how to cook. And as a result… this is how it turned out to be.

Cik Terompah’s story…..

Last Saturday my niece and I wanted to bake muffins for tea. Dina’s mother is really good in baking muffin so I expect that my niece; the 18 years old Dina will be good at it too. She told me that she used to bake muffin and there shouldn’t be any problem.

So we went to the Bakery Shop to get all the ingredients. We bought the self raising flour, caster sugar, butter and milk. We planned to put strawberry drops and hoping that it will turn out wonderful.

So we begin our little project. We accidentally spilled the sugar, drop the flour and turn the kitchen upside down.

And an hour later …… it didn’t turn up the way it should be, so I called it Dina’s Earthquake Muffin. It doesn’t look nice but it does taste good.

Muffin anyone?
P/S: Dina blamed me for not heating up the oven. Smirrrkkk. See how senget is the muffin.

Saturday, January 26, 2008

SATU HARI DI ENDAU ROMPIN

Suatu ketika dahulu, semasa masih bujang trang tang tang aku cukup aktif dalam aktiviti camping. Masuk hutan keluar hutan, redah sungai, di ambush gajah, di gigit pacat, agas semua itu perkara biasa. Boleh di katakan sudah lali sangat dengan pacat, sampai satu ketika sudah tidak heran lagi kalau ada pacat penuh di kaki.

Tapi itu dahulu, kira-kira 3 tahun yang lalu. Sekarang, jangankan hutan, semak pun aku sudah lama tidak nampak. Berat badan pun makin naik menggila, stamina pun sudah turun, adrelin sudah tak seperti dulu, dah tak fit lagi.

Sekarang, ketika dan saat ini aku rindukan saat-saat dulu. Saat di mana kami beramai-ramai berkumpul di Bungaraya pekena Nasi Lemak Ayam atau di NZ atau di kedai Eman (sekarang tinggal tapaknya aje) berbincang destinasi hutan mana nak di redah. Jika dulu pukul 1.00 pagi masih awal lagi, masih sempat balik rumah, kemas-kemas beg, beli apa-apa yang patut untuk persedian masuk hutan. Semuanya impromptu.

Dalam banyak-banyak aktiviti kami bersama, masa riki ke Taman Negara Endau Rompin – Kampung Peta adalah kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Masa itu kami pergi berlima. Tiger, Shukor, Payed, Shaz & aku sendiri. Kami pergi menaiki van Juara yang di pinjam dari ayah Shaz. Aku ingat lagi van Juara tu warna hitam, di tepi kiri kanan ayah Shaz tampal dengan stickers gambar kuda. Kira lawak jugaklah naik Juara tu.

Memandangkan Payed last minute kata nak ikut, jadi dia terpaksa duduk di belakang Juara (tempat letak beg). Dah ler tingkap Juara tu luas, aircond tak sampai ke belakang, Payed punyalah angin satu badan. Sambil tu kena kutuk pulak dengan kitaorang. Macam nak bertumbuk jugalah kami dalam Juara.

Sepatutnya dari Endau Rompin kami menaiki 4wheel tapi memandangkan kami sampai dah lewat petang, kami redah aje masuk ke dalam Endau Rompin Park dengan Proton Juara. Jalan nak masuk tu, dah ler melalui ladang kelapa sawit, jalan tanah merah, berbukit bukau, berlopak-lopak dan kiri kanan hutan. Kami beranikan diri meredah hutan. Terima panggilan dari pegawai bertugas di Endau Rompin meminta kami agar berhati-hati kerana waktu petang adalah waktu gajah turun (Sepatutnya by 6pm dah tak boleh masuk). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 21/2 jam. Seram juga di buatnya. Maklumlah peta tak ada, lampu jalan tak ada, kami tidak tahu what to expect sepanjang perjalanan. Syukor alhamdullillah, kami tiba juga ke Taman Negara Endau Rompin pada jam 9.00 malam. Masa nampak signboard Selamat Datang tu kami punyalah lega, syukor alhamdullillah sampai juga kami.

Kami pulak pandai, pergi ke sana satu bekalan makanan pun tak bawa (konon2 ingat ada café dalam tu) Jadi kami ke perkampungan orang asli berdekatan untuk beli maggi, kopi & gula. Tiger dengan confident bagi salam kepada orang asli di sana. Orang asli kat sana buat tak tahu aje, rupanya mereka bukan beragama Islam. Nak tergelak pun ada. Habislah semua orang asli yang Tiger nampak dia beri salam.

Pada mulanya aku dan shaz di beri hostel berjauhan dari Tiger, Payed & Syukor. Bayangkan hostel untuk 20 orang tapi hanya kami berdua. Lepas aje Warden asrama turun, kami cepat-cepat angkat barang-barang untuk ke hostel lelaki. Gila apa. Mana kami berani berdua aje. Jadi malam itu, kami tarik tilam turun dari katil, susun di bawah dan pakat reramai tidur. Malam itu jugalah macam-macam peristiwa lucu berlaku.

Masa nak pergi mandi kami pakat ramai-ramai mandi dalam satu toilet. Toilet perempuan. Nak di jadikan cerita Syukor takut dengan cicak. Almaklumlah dalam hutan, cicak pun banyak lah dalam toilet tu. Mula-mula confident aje Shukor masuk toilet, nampak aje ada banyak cicak, berlari Syukor keluar toilet. Kami yang lain ni gelak sampai nak pecah perut. Nyaris Syukor tak mandi disebabkan cicak dalam toilet. Sampai sekarang walaupun dah ada anak seorang Syukor masih geli dengan cicak.

Malam tu kami dinner dengan maggi yang di kongsi berlima. Payed pulak buat air kopi tapi penapis tak ada, gelas tak ada. Malam tu kami minumlah kopi dengan serbuknya sekali. Banyaklah peristiwa Malam tu sebelum tidur, kami berebut-rebut nak tidur tepi dinding. Berebut-rebut nie, bertolak-tolak. Siap ada pakatan PHD lagi untuk tidak bagi kami yang perempuan tidur di tepi dinding. Malam itu macam-macam cerita lucu yang berlaku, kami tidak berhenti-henti ketawa sepanjang malam. Semua ini merupakan kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang aku bergiat aktif dalam camping.

Esoknya kami bersarapan di Café di Endau Rompin. Dari sana kami menaiki 4wheel ke sungai untuk menaiki bot. Pemandangan, memang cukup cantik. Air sungainya kehijau-hijauan. Indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Kami meredah hutan untuk menuju ke beberapa tapak perkhemahan. Kami akhirnya bersetuju dengan tapak perkhemahan yang terletak perhampiran dengan Upih Guling dan Tasik Air Biru. Kami tidak meneruskan perjalanan ke Buaya Sangkut kerana kesuntukan masa.

Pacat…eerrmmm punyalah banyak. Kaki aku ngan Shaz penuh dengan pacat. Yang peliknya tidak ada seekor pacat pun pada kaki Syukor. Entah apa ilmu yang di pakai pun tak tahulah. Pacatnya pun boleh tahan besarnya. Sekarang ni aku pun tak tahu samada aku akan seberani dulu jika kaki digigit pacat. Ingat lagi sebelum aku kawin, masa tu bakal suami mengingatkan aku supaya memastikan kaki tidak lagi digigit pacat. Nanti turun harga. Nasib baiklah masa bersanding, tak nampak sangat bekas-bekas pacat di kaki.

Petang di hari yang sama, kami bertolak keluar dari Taman Negara Endau Rompin pada jam 8.00 malam. Sekali lagi perjalanan keluar amat mencabar. Kali ini sedang kami menyanyi-nyanyi di dalam kereta, ada seekor ular sawa yang besar melintas di depan kami. Kami memberhentikan kenderaan kerana takut. Syukor dalam keadaan kelam kabut masih sempat mengeluarkan camcorder. Suasana menjadi sunyi sepi di dalam kereta kerana takut. Dua kali kami terserempak dengan ular yang melintas di hadapan kami.

Malam itu kami bertengkar lagi, sapa yang nak drive balik ke KL. Almaklumlah masing-masing penat selepas trekking satu hari. Semua tak mau bawak. Aku pun dah tak ingat sapa yang bawak. Rasanya Tiger, lepas tu Payed, lepas tu Shaz, lepas Shaz aku pulak yang bawak. Syukor masa pergi dia dah bawak so dia dapat cuti. Malam tu kami sampai ke KL pukul 3.00 pagi, hantar kereta Juara ke carwash sebab kotor sangat. Esoknya semua ponteng tidak pergi kerja sebab penat tahap dewa.

Sebulan selepas itu kami ke Endau Rompin sekali lagi. Tapi kali ini kami membawa 45 orang peserta. Sewa satu bas betul. Dan seperti perjalanan yang lalu kali ini aku sampai ke Buaya Sangkut, trademark bagi Endau Rompin. Perjalanannya….memang mencabar minda, semangat, dan ketahanan. Tapi alhamdullillah aku berjaya mengatasi segala halangan biarpun aku antara yang terakhir sampai.

Namun pengalaman yang dikutip sepanjang aku bergiat di dalam aktiviti perhutanan memang tidak dapat aku lupakan. Masih tersimpan rapi di dalam memori. Kadang-kadang terasa rindu sangat zaman bujang dulu. Kini semua kawan-kawan di Xtreme Team sudahpun berumah tangga dan ada yang akan berkahwin tahun nie. Tinggal Payed aje yang masih trang tang tang.

Lagipun sekarang aku dah pindah ke Kuantan. Aktiviti camping pun dah lama tak ikut. Jadi tinggalkan beg Deuter aku dalam kotak, tunggu masa nak digunakan semula. Sleeping beg, dapur & lantern made in Japan aku semua masih tersimpan dalam almari. Barang-barang camping semua aku simpan satu tempat, manalah tahu satu hari nanti ada chance untuk guna.

Buat kengkawan di Xtreme Team, pada aku korang lah THE BEST AMONG THE BEST. Tak mungkin aku dapat lupakan kenangan bersama korang semua. Walaupun kita dah jarang berjumpa tapi korang semua sentiasa dekat di hati ini. Pada Shaz yang dah nak retire dari makan gaji, bolehlah revivekan Xtreme semula. Aku tahu Shaz punya capability untuk jalankan Xtreme semula. Aku sentiasa sokong apa jua yang kengkawan di KL hendak buat.

Pada aku XTREME TEAM cuma ada SATU dan tiada penggantinya. DO OR DIE!

NOT JUST A YEAR OLDER BUT A YEAR WISER





My motion for the year 2008 is to remember as many birthdays as I can and send birthday cards.

I’ve known her for the last 8 years. I started working at my previous company sometimes in the year 2000 and she joined a few months later. We became colleagues just like everyone else. There was no special bond between the two of us. We brushed shoulders almost everyday but only exchange few words when it is necessary. I was then on my top of the world looking, with my own circle of cool and voge-de-vas friends, hopping from one club to another, searching for more meaningful life in a different opposite ways than hers.

But things started to change in 2004; she invited me to join her camping trip. I was unenthusiastic at first since I do not know anyone and I hate the idea of being with unfamiliar ground with unfamiliar faces. But I wanted a change and joining them was my life saving decision. It has saved me from drowning.

We became close friends; we hang up more and more often. We cried together, laugh together and we did almost everything together. We became inseparable. She cried when I told her ‘that someone’ had a crush on me and we are making plans (but later I had to abandoned the plan and married someone else) She cried when I told her I’m finally getting married, she cried on my wedding day, she cried when I told her that I was pregnant, she cried when I told her I have lost the baby, she cried when she told me that she’s getting married (she even shed tears when I told her she look really pretty on her wedding day). But, she cried even more when I told her that I’m resigning from the firm, begging me to stay and both of us cried as we said our goodbyes.

Today, she is happily married, to the man that she first thought would be impossible to be with because of the ‘barriers’ and the differences between them. Now, she is a proud mother of two, Kimi and Helena. Soon, she will be resigning from the same legal firm. She wanted to be a full time housewife, to care for her 2 adorable kids. To spent more time with them. She wanted to revive our old camping team. She is brave enough to come out of her comfort zone. She wanted a change.

Today, she is celebrating her 3? birthday . Half of her dreams, visions are fulfilled. To be with the man she love and to bore his children. And the other half…I am sure she’s planning towards achieving her other dreams.

To you my dear Shaz, HAPPY BIRTHDAY. My prayers and thoughts will always be with you. May you have a merry birthday with your two angels and of course the ever loving Tiger. May God give you HIS blessing and open the ‘pintu rezeki’ for you. A good thing comes to those who wait, you have waited this long and insyaallah, a grand package is waiting for you out there.

I missed our days together, the nights when we spent talking all night long with a cup of hot Kopi Kapal Api. If only…..

Well, HOPE YOU HAVE A WICKED BIRTHDAY HOTTIE

IT IS NEVER TOO LATE ......



To wish my dear Pak Usop a very HAPPY BIRTHDAY.

Selamat Hari Lahir Pak Usop.

Perkenalan bermula kira-kira 4 tahun yang lalu, di satu malam yang hening di hadapan bangunan Takaful Malaysia, di berhampiran dengan CIMB yang besar tu. Masa tu Ucop ada bersama dengan adik kesayangan Hapiz. Kami sama-sama mendaftar untuk ke Taman Negara Pahang. Ucop naik bas aku pulak naik kereta untuk ke sana.

Sepanjang masa di sana, Mat Ucoplah aku rasa mamat yang paling pervert sekali. Dengan body languagenye, dengan perut buncitnya, dengan ayat-ayat powernya. Masa tu aku cukup menyampah dan meluat dengan Ucop. Aku berdoa dalam hati janganlah berjumpa dengan Mat Ucop nie lagi.

Tapi, pertemuan di tangan Tuhan. Aku berjumpa dengan Ucop sekali lagi dalam ekspedisi kami ke Jelawang, Dabong Kelantan. Ingatkan dia tak pergi rupanya ada juga mamat pervert nie. Aku ingat lagi aku ada cakap kat Shaz aku tak suka kat Ucop. So sepanjang di sana aku cuba nak jauhkan diri dari Ucop. Aku ingat lagi Ucop masa di jelawang, pakai baju hitam, seluar belang-belang yang jarang dan seksi. Terseksa mata yang tengok. Kalu tak silap aku, seluar ucop koyak, jadi tinggallah baju hitam dan seluar dalam (Ucop kalau aku silap info mintak ampun pak, ampun)


Bak kata orang putih, Don’t judge a book by its cover. Ternyata aku tersilap anggap, tersilap percaturan. Ucop ini sebenarnya di antara OTAI dan TULANG BELAKANG bagi Xtreme Team. Sejak dari peristiwa di Jelawang, kami makin rapat. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan yang lelain akan lepak tido di umah Mat Ucop. Kami jadi macam adik beradik. Isteri Mat Ucop, Kak Ana pun best. Kepala pun gila-gila juga. Kami kalu rasa nak makan asam pedas pergilah serbu umah Ucop. Makan memang first class. Kalau malam minggu aje penuhlah hall umah Ucop, berkaraoke dan bersepah-sepah tido kat luar.

Kalau pergi kampong Ucop lagi best. Pekena asam pedas parit jawa. Umah Ucop macam umah kami jugak. Kami kalau tido di sana siap bawak comforter sendiri, bantal dan selimut sendiri. Tak mau nyusahkan Usop.

Tapi sekarang, nak jumpa Ucop pun susah. Asyik outstation aje. Jalan ko tambah cawangan baru udah ler Ucop. Mau kena Kak Ana hambat ko dengan penyapu.

Buat Mat Usop kesayangan kami semua, Otai kami, tok guru kami, Guru Yahya kami, Selamat Hari Lahir. Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur ko dan murahkan rezeki di samping isteri tercinta.

THE TRUTH

Let me tell you one of my many, many weaknesses. I am lousy at numbers and remembering password or user ID.


I used to be a proud owner of few blogs. I had a few over the past years and the most recent one was craving4more. I abandoned the blog since May 2007. My sudden departure was due to a personal factors that I will not try to explain now because it is too complicated (it’s a long winding story which I will tell you much later).


Anyway, I tried to log in last night but to my frustration and anger, I cannot recall my old password. I tried several times and I give up. I can’t even recall the password or user ID to my yahoo email, time.net email, friendster and all the things that I have signed up many, many years ago. I have lost all the email addresses of my old friends.
(If you are reading this and you know me personally, please leave me your email address at terompah28@gmail.com)


So, here I am, with this brand new blog and a new email address. Meanwhile, I am still trying to recall all the passwords and the user ID. I guess, this will be my new hijrah after all. And hopefully by using the familiar names as my password, my cannot-remember-days will be over.

Friday, January 25, 2008

I CELEBRATE YOU AT THE TEROMPAH WORLD

Welcome to the Terompah World.
Welcome back to the world of blogging.
This is my new home, your new home, OUR NEW HOME.

My sudden departure from the cyber cber world was due to few factors. It's a long winding story which I will tell you later in my future post. But now I am back, with full new spirit and a brand new blog, more refreshing look, more dashing style and spicier juicy write ups that I wish to share with all of you.

This blog of mine will reflect the new me, my new horizon and I stand firm in believing that one should move on the new phase, not by forgetting the old ones but simply move on because life after all is not sugar and cream with cherry on top.

I forgive but never forget, I do wish to put aside the old episode in life. Find new friends, lighten up my horizons. As age goes by, my prespective has changed drastically.

To you my wonderful readers, please make yourself at home. Please help yourself with a cup of hot chocolate and a piece of hot fresh home made apple crumble with vanilla ice cream on top.

For you..ONLY THE BEST